Rai kemeriahan menjelang Syawal.
Penduduk orang asli Kampung Sungai Pergam ambil inisiatif memasang pelita raya di kawasan kediaman mereka.
Menurut Tok Batin Roslan Semail, penduduk suku kaum Semaq Beri dan Jakun bersama-sama membuat pelita raya menggunakan buluh.
Penduduk kampung mula memasang pelita berkenaan sejak semalam dan ia akan dilakukan secara berterusan di setiap rumah sehingga hari raya nanti.
Tambahnya, aktiviti julung kali diadakan ini juga sebagai simbol perpaduan agar tradisi memasang pelita raya terus diwarisi generasi muda.
Perkampungan orang asli Sungai Pergam adalah satu-satunya perkampungan orang asli di daerah Kemaman dan kebanyakan mereka bekerja di ladang-ladang kelapa sawit.