Selepas tujuh tahun dimansuhkan, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 kembali diaktifkan hari ini. Seramai 120 pelatih sukarela dari seluruh negara melapor diri di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di Kuala Lumpur.
Program PLKN 3.0 yang kembali dilaksanakan itu memberi peluang kepada belia untuk menjalani latihan kepimpinan dan kemahiran dalam usaha memupuk semangat patriotisme serta membentuk jati diri yang kukuh.
Perincian lanjut akan diberikan oleh wartawan Nurhela Razali.