fb fb fb fb fb

Penggunaan IOT, tarik lebih ramai golongan muda bertani

Sejumlah RM400 juta diperuntukkan dalam Belanjawan 2024 untuk Program Keterjaminan Makanan.

Ini termasuk RM150 juta bagi pengoptimuman tanah dan RM50 juta untuk tender baja, bagi meningkatkan pengeluaran tanaman di empat negeri, termasuk Selangor.

Peruntukan itu dijayakan lagi dengan sokongan pembangunan sektor pertanian moden melalui penggunaan teknologi Internet of Things (IOT).

Ini menjadi antara usaha menarik lebih ramai golongan muda menceburi bidang itu.

Salah satu ladang yang berjaya mengaplikasikannya adalah Ladang Golden Melon di Hulu Selangor.

Ikuti laporan yang disediakan Wartawan, Siti Farah Nadia Fadzlon.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN