Perdana Menteri menegaskan lawatan kerja ke Belgium bukan sekadar mencari sinergi dan peluang perdagangan mahu pun pelaburan baharu.
Sebaliknya ia juga mampu merapatkan jurang ASEAN-EU dalam pelbagai sektor untuk kepentingan bersama.
Lebih membanggakan...Lawatan sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu, berjaya menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia dan Kesatuan Eropah (MEUFTA).
Perinciannya bersama Farhana Azwanee Ismail di Brussels.