Memerang, haiwan liar yang sering dianggap comel dan jinak, kini menjadi perhatian susulan insiden serangan melibatkan tiga individu di Tanjung Aru, Kota Kinabalu.
Dikenali sebagai haiwan yang cenderung menjauhi manusia, memerang lazimnya tidak akan menyerang melainkan merasa terancam.
Namun, serangan yang dilaporkan itu menimbulkan persoalan, adakah ini permulaan konflik antara memerang dan manusia?
Ikuti laporan yang disediakan Wartawan, Iswadiman Shamsuddin.