Segelintir masyarakat masih beranggapan bahawa profesion kejururawatan, eksklusif hanya untuk wanita.
Persepsi tersebut memberi pengaruh terhadap keputusan kaum lelaki untuk terlibat dalam kerjaya berkenaan.
Sedangkan, jururawat lelaki amat diperlukan dalam menyediakan khidmat penjagaan kesihatan yang inklusif dan komprehensif.
Ikuti laporan yang disediakan Wartawan Izzah Zulkifle sempena Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2024.