Festival Sungai Kampar (KRF) 2024 yang berlangsung tiga hari bermula 24 Mei lalu, mendapat penyertaan beberapa negara luar.
Antaranya Indonesia, Nepal dan Mongolia.
Kejohanan rakit arus deras yang bertaraf dunia itu mendapat pengiktirafan oleh International Rafting Federation (IRF).
Selain acara sukan air, turut diadakan persidangan geopark, program konservasi sungai, sukan rakyat dan beberapa pengisian lain sepanjang tiga hari penganjuran KRF 2024.