Dibina tahun 1980 dan mula beroperasi pada Mac 1982, Klinik Kesihatan (KK) Sundar di Lawas yang sudah berusia 42 tahun, terus beroperasi sehingga kini.
Mahukan rakyat mendapat kemudahan terbaik, KK Sundar kini lebih selesa dengan beberapa naik taraf dilakukan di fasiliti kesihatan itu melalui Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.