Suhu tinggi dan panas melampau yang melanda negara ketika ini dibimbangi boleh mengakibatkan pelajar yang terdedah terkena serangan strok haba akibat cuaca terlampau panas.
Kanak-kanak terutama murid prasekolah yang terdedah dengan cuaca panas melampau lebih mudah untuk terkena strok haba.
Bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini, semua Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Kedah diarah menangguhkan sementara aktiviti luar kelas masing-masing.
Ikuti laporan disediakan wartawan, Firdaus Mokhtar.