fb fb fb fb fb

Capaian internet di Kampung Sungai Tonggang, Ulu Kinta semakin baik

Kualiti capaian internet bagi penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Tonggang, Ulu Kinta, Ipoh semakin baik sejak Ogos tahun lalu.

Pemasangan peranti internet satelit Starlink di kampung itu telah memberikan manfaat besar kepada masyarakat Orang Asli suku Temiar.

Akses internet yang lebih stabil membantu mereka untuk terhubung dengan dunia luar dan mendapatkan maklumat dengan lebih mudah.

Ini merupakan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meluluskan pemasangan segera perkhidmatan internet tersebut selepas lawatan beliau ke kawasan tersebut.

Ikuti laporan yang disediakan Wartawan Fairuz Ridzuan Badaruddin.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN