Zamri Vinoth didakwa di mahkamah

Zamri Vinoth ketika tiba di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur/RTM

KUALA LUMPUR, 17 Mac– Zamri Vinoth tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 9.10 pagi bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kenyataan berunsur provokasi agama dan perkauman.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tertuduh memasuki pekarangan mahkamah diiringi pihak berkuasa untuk prosiding yang dijadualkan.
  • Ketua Polis Negara mengesahkan kertas siasatan lengkap dan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara serta Pengarah Pendakwaan Negeri.
  • Zamri dijangka didakwa di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan kenyataan penganjuran perhimpunan di sebuah pusat beli-belah pada 7 Februari.
  • Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh dilihat memasuki pekarangan mahkamah dengan diiringi pihak berkuasa bagi prosiding yang dijadual berlangsung pagi ini.

Kes berkenaan sebelum ini disahkan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, yang memaklumkan kertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara serta Pengarah Pendakwaan Negeri selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Vinoth dijangka didakwa bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berhubung kenyataan penganjuran perhimpunan di perkarangan sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur pada 7 Februari.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.