Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam kereta terkunci

Warga emas ditemukan meningggal dunia dalam kereta terkunci.

KUCHING, 7 Februari – Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Jalan Batu Kawa, Kuching, tengah hari tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Warga emas ditemui meninggal di dalam kereta yang terkunci di Jalan Batu Kawa, Kuching.
  • Pasukan Bomba dan Penyelamat Petra Jaya membantu membuka pintu kereta untuk mengeluarkan mangsa.
  • Mayat disahkan meninggal oleh pasukan perubatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menyatakan, mangsa dikenali sebagai Bong Teck Onn –69 tahun.

Sebelum itu, pihak bomba menerima panggilan mengenai seorang lelaki yang terkunci di dalam kereta.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Petra Jaya membantu membuka pintu kereta terbabit bagi mengeluarkan mangsa.

Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Mayat diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.