Warga emas didakwa bunuh wanita, tiada pengakuan direkodkan

FOTO RTM

KOTA KINABALU, 27 Februari – Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang mayatnya ditemukan dalam keadaan dikerat dan dibuang di beberapa lokasi sekitar Indah Permai, Sepanggar, awal bulan ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lelaki warga emas didakwa membunuh wanita whose mayat ditemui dikerat dan dibuang di beberapa lokasi Indah Permai, Sepanggar.
  • Tertuduh Piluta Samad, 71, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membawa hukuman mati atau penjara panjang dan sebatan.
  • Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
  • Tarikh sebutan semula ditetapkan 15 April 2026 sambil menunggu laporan penuh forensik dan kimia; tiada jaminan ditawarkan.

Tertuduh, Piluta Samad, 71, didakwa membunuh Hamidah Husin @ Lisa, 44, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 15 April 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan penuh forensik dan kimia.

Tertuduh juga tidak ditawarkan sebarang jaminan.