Wanita rentung, rumah teres dijilat api

FOTO JBPM

SEREMBAN, 4 April – Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah teres setingkat di Taman Mantin, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin dan Nilai dikerahkan untuk operasi pemadaman dan menyelamat.
  • Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah berkaitan kejadian.
  • Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat; kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan diteruskan.

Polis memaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 11.35 malam.

Tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mantin dan Nilai dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman serta menyelamat.

Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah berkaitan kejadian tersebut.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.