
BATU PAHAT, 1 April – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah membabitkan wang syarikat berjumlah lebih RM32,000, bulan lalu.
RINGKASAN BERITA AI
- Tertuduh: Nurfatin Najwa Ahmad Bzli, 23.
- Didakwa melakukan kesalahan di sebuah kedai serbaneka di Taman Soga antara 19 hingga 27 Mac.
- Pertuduhan dibawa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan; kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Natasha Syed Ahmad.
- Tertuduh tidak diwakili peguam; mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada Jumaat ini.
Tertuduh, Nurfatin Najwa Ahmad Bzli, 23, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah kedai serbaneka di Taman Soga, antara 19 hingga 27 Mac lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Natasha Syed Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada Jumaat ini.