Tiada cop masuk keluar, tiga warga Myanmar ditahan

Ketua Polis Daerah Kangar, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Yusharifuddin Mohd Yusop (tengah)

KANGAR, 3 Februari Polis menahan tiga warga Myanmar di tepi pesisiran Pantai Sungai Baru, Simpang Empat, pada 2.15 pagi semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiga warga Myanmar ditahan di tepi pantai Sungai Baru, Simpang Empat semasa rondaan awal pagi.
  • Dua mempunyai pasport tanpa cop masuk/keluar Malaysia; seorang langsung tiada dokumen perjalanan.
  • Barangan dirampas termasuk dua pasport, telefon bimbit dan simkad; kes disiasat bawah Akta Imigresen.

Ketua Polis Daerah Kangar, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, semasa rondaan kira-kira 2.15 pagi, pihaknya menemui seorang lelaki dan dua wanita dalam keadaan mencurigakan.

“Daripada pemeriksaan didapati dua daripada mereka mempunyai pasport tetapi tiada cop masuk atau keluar Malaysia, manakala seorang lagi langsung tidak memiliki dokumen perjalanan.

“Tiga yang ditahan masing-masing berusia 21 hingga 34 tahun,” katanya kepada RTM.

Polis turut merampas dua pasport, telefon bimbit dan simkad berkaitan ketiga-tiga individu. Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Tindakan penahanan itu sebahagian daripada usaha berterusan polis mengekang kemasukan warga asing tanpa dokumen sah khususnya di Perlis.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan