Tengkorak manusia ditemukan tersangkut pada pukat di perairan Sedili

Foto hiasan

KOTA TINGGI, 9 Jun – Satu tengkorak manusia ditemukan tersangkut pada pukat ikan, di perairan Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada pukul 3.00 pagi, Sabtu lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Laporan penemuan diterima pada 7 Jun, pukul 8.10 malam.
  • Tengkorak dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.
  • Pemeriksaan forensik mendapati ia milik lelaki dewasa, anggaran umur 20 hingga 30 tahun.
  • Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, orang ramai yang ada maklumat diminta hubungi Balai Polis Kuala Sedili.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, tengkorak tersebut dijumpai oleh seorang nelayan berumur 44 tahun.

Katanya, laporan penemuan itu diterima pada 7 Jun, pukul 8.10 malam.

“Susulan penemuan itu, tengkorak tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut”, katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata hasil pemeriksaan forensik dijalankan di Hospital Kota Tinggi, mendapati tengkorak tersebut merupakan seorang lelaki dewasa, dengan anggaran usia 20 hingga 30 tahun.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu, boleh menghubungi Balai Polis Kuala Sedili.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.