Suspek kes tikam pelajar perempuan tingkatan 4 ditahan

PETALING JAYA, 14 Okktober – Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan polis selepas disyaki menikam seorang pelajar perempuan tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama Petaling Jaya hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan polis dipercayai terlibat dalam kes tikam pelajar perempuan tingkatan 4.
  • Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 9.30 pagi ketika mangsa dan suspek berada di luar kelas.
  • Kes kini dalam siasatan, motif kejadian belum dikenalpasti.
  • Ketua Polis Selangor dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes tersebut.
  • Media turut melaporkan insiden berasingan pelajar perempuan 16 tahun maut dipercayai ditikam pelajar tingkatan 2.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata kejadian berlaku kira-kira 9.30 pagi ketika kedua-dua pelajar itu dipercayai berada di luar kelas.

“Suspek telah ditahan, kes masih dalam siasatan, motif kejadian belum dapat dikenal pasti.

“Ketua Polis Selangor dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes ini,” katanya pada sidang media selepas Peluncuran Kempen Antibuli, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut dipercayai ditikam pelajar lelaki tingkatan 2 di sebuah sekolah di Bandar Utama di sini hari ini.