Ratusan tahanan Indonesia dipindahkan ke negara asal

FOTO JIM SARAWAK

TEBEDU, 31 Januari – Seramai 327 tahanan warganegara Indonesia dipindahkan ke negara asal melalui laluan darat dari Depot Imigresen Bekenu ke pintu sempadan Tebedu-Entikong.

RINGKASAN BERITA AI
  • 327 tahanan warganegara Indonesia dihantar pulang melalui pintu sempadan Tebedu-Entikong.
  • Operasi pemindahan dijalankan selama dua hari oleh JIM Sarawak.
  • Penghantaran melibatkan lapan buah bas dengan kawalan keselamatan bersepadu.
  • 26 pegawai iring dan Konsulat Republik Indonesia turut serta dalam operasi.

Menurut Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak, operasi pemindahan dilaksanakan pada Khamis dan semalam.

Mereka terdiri daripada 272 lelaki dewasa, 54 perempuan dewasa, serta seorang bayi lelaki.

“Pemindahan dilakukan menggunakan lapan buah bas, dengan penyelarasan logistik, kawalan keselamatan dan pemantauan pergerakan yang dilaksanakan secara bersepadu antara pasukan pengiring dan pengurusan depot.

“Seramai 26 pegawai iring kawal JIM Sarawak terlibat dalam operasi itu, selain turut disertai pihak Konsulat Republik Indonesia,” menurut kenyataan berkenaan.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan