Polis teruskan siasatan dakwaan cuba jatuhkan kerajaan

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Polis meneruskan siasatan berhubung dakwaan cubaan pihak tertentu menjatuhkan kerajaan, dengan beberapa individu yang telah dikenal pasti bagi membantu siasatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis memanggil pihak yang membuat laporan polis serta beberapa individu lain yang dipercayai ada kaitan untuk membantu siasatan.
  • Hari ini tiga kenyataan telah diambil; polis akan terus mengambil kenyataan berdasarkan maklumat diperoleh.
  • Polis membuka kertas siasatan berkaitan dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan sabotaj, melibatkan individu berpengaruh tempatan dan agensi media antarabangsa.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, individu yang dipanggil termasuk pihak yang membuat laporan polis serta beberapa individu lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

“Hari ini kita telah mengambil tiga kenyataan daripada individu-individu yang berkaitan dan kita akan meneruskan lagi tindakan mengambil kenyataan ini berdasarkan maklumat-maklumat yang kita perolehi.

“Setakat ini, tiada lagi keterangan dari negara luar yang diambil, ia memerlukan siasatan lanjut pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui pemberita pada Sidang Media di Bukit Aman, hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Mohd Khalid memaklumkan, polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan sabotaj terhadap kestabilan negara, yang didakwa melibatkan seorang individu berpengaruh tempatan bersama sebuah agensi media antarabangsa.