SHAH ALAM, 17 Oktober – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditahan selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja perempuan lain di sebuah sekolah di Sabak Bernam, dekat sini, 13 Okt lepas.
RINGKASAN BERITA AI
- Remaja lelaki 14 tahun ditahan disyaki gangguan seksual terhadap pelajar perempuan 15 tahun di sekolah Sabak Bernam.
- Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi semasa waktu rehat pada 13 Okt.
- Tangkapan dibuat pada hari yang sama di Jalan Parit, Sungai Besar.
- Permohonan reman ke atas suspek dibenarkan bermula 14 Okt.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Md Yusoff Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu suspek telah melakukan perbuatan berkenaan terhadap mangsa yang berusia 15 tahun pada waktu rehat.
“Tangkapan dilakukan pada hari sama (13 Okt) di Jalan Parit, Sungai Besar dan permohonan reman ke atas suspek telah dibenarkan bermula 14 Okt hingga esok,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – BERNAMA