
MELAKA, 11 Februari- Polis berjaya menumpaskan dua sindiket pecah rumah dan curi di sini dikenali sebagai ‘Geng Sauk’ dan ‘Geng Daus Botak’ menerusi beberapa serbuan berasingan pada 20 dan 28 Januari lalu.
- Polis melaksanakan beberapa serbuan dan menahan lima suspek dari dua sindiket jenayah berasingan di Melaka.
- Tangkapan menyelesaikan 12 kes pecah rumah, kecurian komponen kenderaan, kad akses dan pecah stor sekitar Melaka Tengah dan Jasin.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan; suspek berusia antara 26 hingga 51 tahun.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit berkata penahanan kesemua lima suspek berjaya menyelesaikan 12 kes di sekitar Melaka Tengah dan Jasin.
‘Geng Sauk’ terdiri daripada tiga lelaki berusia 26 hingga 51 tahun dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah, mencuri komponen kenderaan serta kad akses telekomunikasi di kawasan berkenaan.
Sementara itu, ‘Geng Daus Botak’ pula dianggotai dua lelaki berusia 30 dan 40 tahun dan disyaki terlibat dalam kes pecah rumah serta pecah stor di sekitar Melaka Tengah.
Kesemua kes kini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.