Pemilik syarikat didenda RM20,000 kemuka dokumen palsu

FOTO RTM

SHAH ALAM, 13 April -Empat pemilik syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini kerana mengemukakan dokumen palsu berkaitan tenaga kerja asing.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemilik syarikat didenda RM20,000 atas dua pertuduhan menggunakan LOA palsu kepada pegawai Imigresen pada 2 dan 24 Nov 2023.
  • Seorang lagi tertuduh didenda RM10,000 atas kesalahan sama pada 24 Okt 2022.
  • Kesalahan dilakukan di Kompleks PKNS pada 23 Feb 2024 dan dibawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan, boleh dihukum di bawah Seksyen 465.
  • Dua lagi pemilik dihadapkan atas pertuduhan sama pada 11 Mei, 23 Mei dan 2 Jun 2023; hakim benarkan ikat jamin RM7,000 dan RM5,000.

Seorang pemilik syarikat didenda RM20,000 atas dua pertududuhan iaitu menggunakan dokumen Surat Tawaran (LOA) palsu kepada seorang Pegawai Jabatan Imigresen pada 2 dan 24 November 2023.

Manakala, seorang lagi tertuduh turut didenda RM10,000 atas kesalahan sama pada 24 Oktober 2022.

Kesalahan terbabit dilakukan tertuduh di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 23 Feb 2024.

Kesemua kesalahan itu dilakukan bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama.

Sementara itu, dua lagi pemilik syarikat turut dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan yang serupa, pada 11 Mei, 23 Mei dan 2 Jun 2023 di lokasi yang sama.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dan RM5,000.

Sebutan semula kes dua pemilik syarikat tersebut adalah pada 5 Mei depan.