
ALOR SETAR, 31 Mac– Seorang pegawai polis direman empat hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM20,000 bagi menukar pertuduhan kes lalu lintas.
- Penangkapan dibuat dalam serbuan di sebuah kedai makan di Sungai Petani, Kedah.
- Siasatan awal mendapati suspek menerima kira-kira RM2,000 tunai pada pertengahan Disember tahun lalu.
- Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong, mengesahkan penahanan; kes disiasat bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
Perintah reman sehingga 3 April 2026 itu dikeluarkan Majistret Fatin Dalilah Khalid di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi tadi.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan kira-kira pukul 12.50 tengah hari semalam.
Tangkapan dibuat dalam satu serbuan di sebuah kedai makan di Sungai Petani, Kedah.
“Siasatan awal mendapati suspek menerima wang rasuah kira-kira RM2,000 secara tunai pada pertengahan Disember tahun lalu.
Semasa tangkapan, suspek disyaki meminta lagi kira-kira RM20,000 daripada mangsa,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong mengesahkan penahanan tersebut.
Menurut beliau, kes disiasat bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.