Pasangan suami isteri disyaki mati dibunuh

Rumah kediaman mangsa di Sri Aman

SRI AMAN, 14 Januari – Sepasang suami isteri ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah di Taman Mutiara, Jalan Brayun, di sini, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sepasang suami isteri ditemui mati berlumuran darah di rumah mereka di Taman Mutiara, Sri Aman.
  • Kedua-dua mangsa, penjawat awam berusia 45 dan 44 tahun, disahkan meninggal di lokasi kejadian.
  • Polis menyiasat motif dan kemungkinan lebih daripada seorang suspek terlibat.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan; orang awam diminta tidak berspekulasi.

Mereka dipercayai menjadi mangsa pembunuhan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 45 dan 44 tahun itu ditemukan orang awam kira-kira pukul 6.55 pagi dengan kecederaan serius.

Menurut beliau, pasangan yang merupakan penjawat awam itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Polis kini sedang menyiasat motif kejadian serta kemungkinan lebih daripada seorang suspek yang terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang awam dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan yang boleh menjejaskan siasatan.