
KLUANG, 30 Januari -Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kluang, Johor, atas tiga pertuduhan memiliki senjata api, peluru dan dadah, minggu lalu.
- Suami isteri mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memiliki senjata api, peluru dan dadah.
- Didakwa memiliki revolver, 33 butir peluru dan 84.54 gram kanabis di rumah Taman Sri Kluang.
- Pendakwaan dijalankan tanpa wakil peguam; pegawai pendakwaan Nur Ramizah Ramli mengetuai kes.
- Tiada jaminan diberikan; kes disebut semula pada 27 Februari di Mahkamah Sesyen Kluang.
Tertuduh, Koh Yaw, 61 tahun dan isterinya, Ong Kim Chu, 64 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Mujib Saroji.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa memiliki sepucuk senjata api jenis revolver dan 33 butir peluru tanpa kebenaran, selain 84.54 gram dadah jenis kanabis.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Sri Kluang, Kluang, kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 22 Januari lalu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Ramizah Ramli, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Kes dikemukakan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, Seksyen 34 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 12(2) dan Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Mahkamah menetapkan 27 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Tiada jaminan dibenarkan terhadap pasangan terbabit.