Operasi khas motosikal: 16 motosikal disita, empat remaja ditahan

Foto PDRM

JOHOR BAHRU, 30 Mac – 16 buah motosikal disita dan 41 saman dikeluarkan Polis Daerah Johor Bahru Selatan menerusi operasi khas motosikal yang dilancar semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Empat remaja berusia 16 hingga 19 tahun ditahan selepas melakukan aksi berbahaya.
  • Seorang lelaki warga asing diberkas kerana menunggang motosikal yang dilaporkan hilang dan melanggar syarat imigresen.
  • Operasi dijalankan bagi membendung lumba haram dan samseng jalanan yang membahayakan pengguna jalan raya.
  • Beberapa lokasi diberi tumpuan termasuk Jalan Skudai, Pantai Lido dan Jalan Stulang Laut.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat memaklumkan, menerusi operasi sama pihaknya menahan empat remaja berusia 16 hingga 19 tahun selepas didapati melakukan aksi berbahaya.

“Kita turut memberkas seorang lelaki warga asing kerana menunggang motosikal yang dilaporkan hilang dan melanggar syarat imigresen.

“Operasi khas ini bagi membendung lumba haram dan samseng jalanan yang membahayakan pengguna jalan raya dengan beberapa lokasi diberi tumpuan termasuk Jalan Skudai, Pantai
Lido dan Jalan Stulang Laut,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Operasi berkenaan diketuai Pegawai Penguatkuasaan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) dengan bantuan Balai Polis Majidee.