
KUALA LUMPUR, 10 April – Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan seorang Orang Kena Tuduh (OKT) telah meloloskan diri daripada kawalan pihak polis selepas selesai prosiding perbicaraan di Mahkamah Shah Alam, semalam.
- Jabatan Penjara bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia untuk mengesan dan menahan semula individu terbabit.
- Operasi pencarian giat dijalankan melibatkan pelbagai agensi keselamatan yang dimaklumkan untuk membantu usaha itu.
- Jabatan menegaskan komitmen memastikan keselamatan tahanan dan orang awam serta akan ambil tindakan tegas terhadap pelanggaran prosedur.
Menurut kenyataan jabatan itu, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.00 malam di perkarangan Penjara Sungai Buloh ketika dalam proses penghantaran OKT berkenaan.
Jabatan Penjara memaklumkan,pihaknya kini bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan dan menahan semula individu terbabit.
Operasi pencarian sedang giat dijalankan dengan penglibatan pelbagai agensi keselamatan yang telah dimaklumkan bagi membantu usaha tersebut.
Dalam masa sama, jabatan itu menegaskan komitmennya untuk terus memastikan keselamatan tahanan serta orang awam sentiasa terpelihara.
Tindakan tegas juga akan diambil terhadap sebarang pelanggaran prosedur yang berlaku dalam insiden berkenaan.