Maritim Pahang tahan vesel nelayan tempatan Kelas C langgar syarat lesen

Kapal Nelayan ditahan, tangkap ikan kurang 12 batu Nautika / FB Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

KUANTAN, 13 April – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang menahan sebuah vesel nelayan tempatan Kelas C yang dikesan melanggar syarat lesen dengan melakukan aktiviti penangkapan ikan di kawasan zon larangan, awal pagi semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Maritim Pahang memintas vesel dikendalikan kru warga asing di perairan Kuala Pahang semasa Op Makmur dan Op Tiris.
  • Pemeriksaan mendapati tujuh kru warga Vietnam termasuk tekong menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika.
  • Semua kru, vesel dan hasil laut 200 kilogram dibawa ke Jeti Pernepa Kuantan Slipway untuk tindakan lanjut; kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

Menerusi Op Makmur dan Op Tiris, Maritim Pahang berjaya memintas sebuah vesel nelayan tempatan yang dikendalikan kru warga asing di perairan Kuala Pahang.

Penahanan tersebut dilakukan kira-kira jam 12.30 tengah malam selepas vesel berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab mengesahkan vesel tersebut ditahan pada kedudukan 6.5 batu nautika tenggara Tanjung Agas.

Pemeriksaan mendapati tujuh kru warga Vietnam termasuk tekong, berusia 26 hingga 58 tahun, sedang menangkap ikan kurang daripada jarak 12 batu nautika yang dibenarkan.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen.

Kesemua kru, vesel, serta hasil laut seberat 200 kilogram dibawa ke Jeti Pernepa Kuantan Slipway untuk tindakan lanjut.