
KUCHING, 17 Februari – Lima lelaki tempatan ditahan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti sabung ayam di sebuah tanah lapang di kawasan Sungai Apong, pada Ahad.
- Lima lelaki tempatan ditahan atas dakwaan terlibat sabung ayam di kawasan Sungai Apong.
- Usia suspek antara 24 hingga 83 tahun.
- Beberapa barangan yang dipercayai digunakan dalam aktiviti itu dirampas oleh polis.
- Semua suspek negatif dadah; kes disiasat mengikut Seksyen 73(1)(g) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.
Kesemua mereka berumur 24 hingga 83 tahun.
Ketua Polis Daerah Kuching, Penolong Pesuruhjaya Polis ACP Alexson Naga Chabu beberapa barangan yang dipercayai digunakan dalam aktiviti tersebut turut dirampas.
“Siasatan awal mendapati sekumpulan lelaki tempatan sedang menjalankan aktiviti sabung ayam dan apabila menyedari kehadiran pihak polis, beberapa individu telah melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran.
“Namun, pihak polis berjaya menangkap lima lelaki tempatan,” katanya menerusi kenyataan media.
Hasil saringan air kencing semua suspek didapati negatif dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 73(1)(g) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.