Lemas di Pantai Batu Burok: Operasi SAR berdepan cuaca buruk

Foto hiasan

KUALA TERENGGANU, 17 Februari – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) penuntut lelaki warga Myanmar yang dikhuatiri lemas di Pantai Batu Burok, memasuki hari kedua.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi SAR penuntut lelaki warga Myanmar di Pantai Batu Burok memasuki hari kedua.
  • Pencarian diperluas sehingga tujuh kilometer hingga ke Pandai Pandak, Chendering.
  • Operasi berdepan ombak besar dan cuaca tidak menentu menyebabkan teknik selaman ditangguhkan.
  • Pencarian dipecahkan kepada tiga sektor melibatkan bomba, APM dan APMM menggunakan bot.

Operasi diperluas sejauh tujuh kilometer sehingga ke Pandai Pandak, Chendering.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Yuktheshanan Mogan memaklumkan, operasi berdepan ombak besar dan cuaca tidak menentu.

“Sehubungan itu, teknik selaman ditangguhkan sementara sebaliknya pencarian di permukaan laut dilakukan menggunakan bot.”

“Operasi pencarian dipecahkan kepada tiga sektor, melibatkan tiga pasukan yang disertai anggota bomba, APM dan APMM, ” tambahnya ketika ditemui di sini.

Keseronokan empat pelajar termasuk tiga warga asing mandi-mandi di Pantai Batu Burok pada Isnin bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas akibat dihanyut ombak besar.

Mangsa, Sithu Moe Lwin, 18, merupakan seorang penuntut kolej swasta di Nilai, Negeri Sembilan.