Lelaki miliki katrij vape berisi cecair ganja ditahan

Katrij vape mengandungi cecair dadah jenis ganja yang dirampas dalam serbuan di sebuah kediaman di Jalan Durian Burung, Kuching, Sarawak

KUCHING, 26 Januari- Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki memiliki katrij cecair rokok elektronik (vape) yang mengandungi ganja dalam serbuan di sebuah kediaman di Jalan Durian Burung, di sini, Jumaat lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang lelaki ditahan selepas disyaki memiliki katrij vape berisi cecair ganja di sebuah kediaman di Jalan Durian Burung, Kuching.
  • Pemeriksaan menemui 198 katrij dengan jumlah 376.20 mililiter cecair vape disyaki mengandungi ganja.
  • Ujian saringan air kencing menunjukkan suspek positif dadah; kes disiasat bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.
  • Serbuan berasingan pada malam sama menahan lima individu, termasuk tiga wanita warga asing, kerana disyaki memiliki ketamin.

Ketua Polis Daerah Kuching, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Alexson Naga Chabu memaklumkan, suspek berusia 45 tahun itu ditahan hasil pemeriksaan yang menemukan 198 katrij dengan jumlah keseluruhan 376.20 mililiter cecair vape.

Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, satu serbuan berasingan pada malam sama menyaksikan lima individu ditahan termasuk tiga wanita warga asing kerana disyaki memiliki dadah jenis ketamin seberat 0.47 gram.

Kesemua suspek berumur antara 20 hingga 41 tahun, dengan dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan