Lelaki didakwa edar lebih 3kg dadah di Tawau

FOTO RTM

TAWAU, 27 Mac – Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat lebih tiga kilogram, awal bulan ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tarikh sebutan semula ditetapkan pada 27 April untuk mendapatkan laporan kimia.
  • Tertuduh, 42 tahun dan penjaga stor, tidak dibenarkan diikat jamin sementara menunggu laporan.
  • Didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952; hukuman termasuk mati atau penjara seumur hidup dan sebatan.

Majistret Don Stiwin Malanjum menetapkan 27 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia.

Tertuduh berusia 42 tahun yang bekerja sebagai penjaga stor tidak dibenarkan diikat jamin sementara menunggu laporan tersebut disiapkan.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 3.07 kilogram pada 13 Mac kira-kira pukul 7.30 malam di sebuah premis stor penyimpanan kenderaan di Jalan Sin Onn, di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.