Lelaki 20-an ditahan bantu siasatan kes rogol

Foto Polis Daerah Muar

MUAR, 18 Mac – Polis membuka kertas siasatan jenayah rogol ke atas seorang lelaki 20-an yang ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut melibatkan seorang gadis berusia 14 tahun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jabatan Agama Islam Negeri Johor mengesyaki pasangan berkhalwat dan menemui mereka dalam keadaan mencurigakan di sebuah hotel.
  • Hantaran tular di Instagram memaparkan JAINJ menahan kedua-dua individu di dalam bilik hotel.
  • Penguat kuasa mendapati mereka bukan mahram dan bukan suami isteri.
  • Penguatkuasaan dibuat susulan maklumat awam berhubung aktiviti mencurigakan pasangan tersebut.

Penahanan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) itu mengesyaki pasangan berkenaan berkhalwat dan mendapati kedua-dua individu berkenaan berada dalam keadaan mencurigakan di sebuah hotel di Muar, Johor, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, siasatan awal polis mengesahkan remaja perempuan tersebut bawah umur dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, hantaran tular di Instagram memaparkan JAINJ menahan kedua-dua individu terbabit di dalam bilik hotel, dan mendapati mereka tidak mempunyai hubungan mahram, serta bukan suami isteri.

Penguatkuasaan dibuat susulan maklumat awam berhubung aktiviti mencurigakan pasangan tersebut.