
- Sindiket meninggalkan dadah di kawasan pembuangan sampah berhampiran pintu sempadan untuk mengaburi pihak berkuasa.
- Pulau Batu Layang di Kuala Perlis digunakan sebagai lokasi transit dadah, diletakkan untuk diambil oleh pihak lain kemudian.
- Kes berlaku di darat dan laut, kes kedua dan ketiga dilaporkan di laut, siasatan lanjut dijalankan.
- Dadah dipercayai ditujukan untuk pasaran Lembah Klang dan utara semenanjung.
KANGAR, 30 Mac – Lebih 60 kilogram kanabis berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis, menerusi tiga operasi berasingan, awal bulan ini.
Pengarahnya, Ismail Hashim memberitahu pihaknya mengesan taktik berbeza dilakukan sindiket termasuk meninggalkan bahan terlarang itu di kawasan pembuangan sampah berhampiran pintu sempadan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
“Turut dikesan, taktik menjadikan Pulau Batu Layang di Kuala Perlis sebagai lokasi transit. Dadah ditinggalkan di kawasan berkenaan untuk ‘dipungut’ pihak lain pada waktu tertentu.
“Kes pertama berlaku di pintu sempadan di darat manakala kes kedua dan ketiga di laut. Siasatan lanjut masih dijalankan,” jelasnya.
Dadah terbabit dipercayai untuk pasaran Lembah Klang dan utara semenanjung.