
TANJONG MALIM, 7 April – Seorang kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terperangkap di dalam sebuah stor berkunci di UPSI Sport Bowl, awal pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Panggilan kecemasan diterima JBPM Perak pada pukul 1.57 pagi.
- Anggota dan jentera Bomba Tanjung Malim tiba kira-kira 10 minit kemudian.
- Mangsa lelaki 53 tahun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan, mayat diserahkan kepada polis.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.57 pagi.
Anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.
Mangsa, lelaki berusia 53 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.