
KULAI, 1 Mac -Seramai 117 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan seorang lelaki tempatan ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menerusi Ops Mahir di sebuah kilang perubatan di Senai pada Jumaat lalu.
- Serbuan dibuat selepas maklumat mengenai majikan menggajikan pekerja asing tanpa izin untuk jimat kos gaji.
- Kebanyakan tangkapan melibatkan warga Myanmar dan beberapa warga Bangladesh, bekerja tanpa dokumen sah.
- Seorang lelaki tempatan, pegawai sumber manusia kilang, turut ditahan berhubung kegiatan itu.
- Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd DaruS berkata, serbuan itu dibuat susulan maklumat mengenai kegiatan majikan yang menggajikan pekerja asing secara tidak sah bagi mengurangkan kos pembayaran gaji.
“Mereka terdiri daripada 47 lelaki dan 65 wanita Myanmar selain 5 lelaki Bangladesh berusia dalam lingkungan 19 hingga 52 tahun.
“Turut ditahan seorang lelaki tempatan yang juga pegawai sumber manusia kilang itu,” katanya menerusi kenyataan.
Siasatan mendapati semua PATI bekerja tanpa kebenaran, gagal mengemukakan dokumen sah dan melanggar peruntukan Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.