Ibu dituduh cederakan anak sendiri

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencederakan anaknya yang berusia 11 tahun.

JOHOR BAHRU, 11 Mac – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mencederakan anaknya yang berusia 11 tahun, 24 Februari lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Didakwa mencederakan anak sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di tangga sebuah kediaman di Permas City, Masai.
  • Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2006).
  • Mahkamah membenarkan ikat jamin RM9,000 dengan syarat tidak mengganggu mangsa dan saksi.
  • Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R. Nevina; peguam pembela Mohd Azlan Shah dan Jason Nazrin Tan.

Tertuduh, Ng Cha Yee, 33, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd Zamir Suhaimee.

Wanita yang bekerja sebagai ejen insurans itu didakwa menganiaya kanak-kanak berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Perbuatan tersebut didakwa berlaku di kawasan tangga sebuah kediaman di Permas City, Masai, Johor Bahru.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2006).

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM9,000 dengan syarat tambahan termasuk tidak mengganggu mangsa dan saksi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R. Nevina, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Azlan Shah Mohd Alias dan Jason Nazrin Tan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 13 April depan bagi serahan dokumen.