
KOTA BHARU, 13 April -Seorang guru wanita direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung merempuh dua pelajar di hadapan surau sekolah, di sini menyebabkan salah seorang pelajar perempuan tingkatan satu maut tengah hari semalam.
- Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- Guru tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada 8.40 pagi, memakai pakaian lokap ungu dan diiringi anggota polis.
- Kejadian berlaku kira-kira 1.50 tengah hari di hadapan surau sekolah selepas solat Zohor, ketika mangsa memakai kasut.
- Siasatan awal mendapati pemandu dipercayai tertekan pedal minyak lalu terbabas; seorang mangsa maut di lokasi, seorang lagi cedera parah.
Perintah tahanan reman terhadap guru berusia 57 tahun itu, dikeluarkan oleh Majistret Wan Muhammad Izzat Wan Abdullah tu bermula hari ini hingga esok.
Tahanan reman itu dilakukan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, guru terbabit tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada 8.40 pagi dengan memakai pakaian lokap berwarna ungu dan diiringi anggota polis.
Semalam, seorang pelajar perempuan tingkatan satu maut dirempuh kenderaan ketika sedang memakai kasut dihadapan surau sekolah selepas menunaikan solat Zohor berjemaah manakala seorang lagi cederah parah.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri, berkata kejadian berlaku kira-kira 1.50 tengah hari seorang pemandu kereta dan mangsa adalah dua pelajar perempuan.
Katanya, siasatan awal mendapati pemandu wanita dipercayai tertekan pedal minyak kenderaan lalu terbabas sebelum melanggar dua pelajar perempuan berkenaan.
Akibat pelanggaran itu, seorang mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala seorang lagi parah dan menerima rawatan di hospital.