Exco Terengganu ditahan SPRM disyaki salah guna kuasa

Foto fail

KUALA TERENGGANU, 22 Februari -Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Exco Kerajaan Negeri Terengganu kerana disyaki menyalahgunakan jawatan dan kedudukan dengan mengarahkan kedua-dua anaknya diambil bekerja di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang Exco Kerajaan Negeri Terengganu ditahan SPRM disyaki salah guna jawatan untuk lantik anaknya di GLC.
  • Tangkapan dibuat ketika suspek hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kemaman sekitar jam 11.15 pagi.
  • Perbuatan disyaki berlaku pada 2018 dan 2020 menurut siasatan awal.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009 dan suspek akan didakwa dalam masa terdekat.

Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi RTM berkata, suspek akan didakwa dalam masa terdekat.

Sementara itu menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 60an itu ditahan kira-kira pukul 11.15 pagi tadi, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kemaman.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada 2018 dan 2020.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009.