Dua pemuda positif dadah ditahan di Padawan

Foto IPD Padawan

PADAWAN, 25 Februari- Dua lelaki ditahan polis di Sarawak disyaki terlibat dalam aktiviti salah guna dadah di lokasi berasingan sekitar sini, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dua lelaki ditahan di Padawan disyaki terlibat salah guna dadah.
  • Rampasan termasuk 0.84 gram kristal dipercayai syabu dan pil Erimin Five.
  • Ujian saringan positif; kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, ketulan kristal dipercayai syabu seberat 0.84 gram dan pil Erimin Five dirampas daripada suspek berusia 24 dan 36 tahun.

Ujian saringan mendapati kedua-dua suspek positif dadah.

Mohd Irwan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.