
PUTRAJAYA, 6 Mac – Sebuah bot persiaran Tasik Putrajaya terbakar dalam kejadian ketika berada di Pusat Penyelenggaraan Bot di Presint 19 di sini petang tadi.
- Pusat Gerakan Operasi JBPM menerima panggilan kecemasan pada 5.18 petang.
- Seramai 16 anggota dan tiga jentera dari BBP Presint 14 serta BBP Presint 7 digerakkan ke lokasi.
- Operasi pemadaman menggunakan dua aliran hos dari tangki jentera dan satu aliran buih untuk kawal penyebaran.
- Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.18 petang.
Susulan itu, seramai 16 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 14 dan BBP Presint 7 digerakkan ke lokasi kejadian.
“Pasukan bomba tiba pada 5.27 petang dan mendapati api sedang marak membabitkan sebuah bot persiaran yang berada di atas darat bagi tujuan penyelenggaraan.
“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran hos dengan sumber air daripada tangki jentera serta satu aliran buih (foam) bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.