Bekas pengarah bergelar Tan Sri direman, SPRM siasat salah guna dana pelaburan

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki/BERNAMA

PUTRAJAYA, 22 Januari – Seorang bekas pengarah syarikat bergelar Tan Sri ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penipuan dan salah guna dana pelaburan yang dipercayai membabitkan nilai keseluruhan kira-kira RM300 juta.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bekas pengarah bergelar Tan Sri ditahan reman bagi membantu siasatan kes penipuan dan salah guna dana pelaburan.
  • Suspek dipercayai menyalahgunakan kira-kira RM6 juta pada peringkat awal siasatan.
  • SPRM tidak menolak kemungkinan jumlah diselewengkan boleh mencecah ratusan juta ringgit.
  • Keterangan mengesahkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya.

Majistret Ezrene Zakariah membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman suspek selama empat hari sehingga 25 Januari 2026.

Menurut sumber, suspek ditahan pada 21 Januari 2026, disyaki menyalahgunakan dana pelaburan berjumlah kira-kira RM6 juta pada peringkat awal siasatan.

Bagaimanapun, SPRM tidak menolak kemungkinan jumlah dana yang diselewengkan boleh mencecah ratusan juta ringgit.

Difahamkan, dana berkenaan telah diseleweng tanpa pengetahuan pelabur, sedangkan pelaburan tersebut sepatutnya dipulangkan selepas tempoh matang perjanjian berakhir pada 2024.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes itu disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan