Azam Baki tegaskan tiada keperluan bercuti susulan dakwaan isu saham

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki / BERNAMA

DENGKIL, 15 Februari – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan tiada keperluan untuk beliau bercuti atau direhatkan buat masa ini susulan dakwaan berhubung pemilikan saham melibatkan dirinya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Azam menegaskan isu dakwaan saham tidak perlu dibesar-besarkan.
  • Beliau menolak keperluan untuk bercuti atau direhatkan sekarang.
  • Azam akan terus menjalankan tanggungjawab seperti biasa meskipun ada desakan.
  • Beliau mempertikai mengapa pegawai yang masih bertugas perlu diberi cuti atas tuduhan.

Beliau menyifatkan perkara itu isu itu tidak wajar diperbesarkan.

Beliau berkata,tanggungjawabnya akan diteruskan seperti biasa meskipun terdapat desakan serta persoalan daripada pihak tertentu mengenai kedudukannya.

“Itu terpulang. Saya tak perlu bercuti. Kalau nak bercuti saya bagi tahu berapa ramai kena tuduh sekarang ini di mahkamah masih lagi bertugas?Saya ada buat jenayah ke?”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Perasmian Kampung Angkat MADANI di Balai Raya Kampung Sungai Buah, Dengkil di sini, hari ini.