AKPS gagalkan cubaan seludup biji kopi di sempadan Bukit Kayu Hitam

BUKIT KAYU HITAM, 26 Oktober – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menggagalkan cubaan membawa masuk biji kopi tanpa permit sah di kawasan sempadan Malaysia–Thailand, di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • AKPS menggagalkan cubaan seludup biji kopi tanpa permit di sempadan Malaysia–Thailand.
  • Operasi berjaya selepas tindakan pantas sepasukan pegawai menahan kenderaan mencurigakan.
  • Pemeriksaan menemui 60 kilogram biji kopi disembunyikan di bahagian belakang kenderaan.
  • Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM1,600.
  • Kes ini menunjukkan komitmen berterusan AKPS dalam menjaga kawalan dan keselamatan sempadan.

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, SAC Mohd Nasaruddin M. Nasir berkata, kejayaan itu hasil tindakan pantas sepasukan pegawai agensi berkenaan yang menahan sebuah kenderaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan menemui 60 kilogram biji kopi disembunyikan di bahagian belakang kenderaan terbabit tanpa sebarang dokumen kebenaran import yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM1,600.

Mohd Nasaruddin berkata, kejayaan itu membuktikan komitmen berterusan AKPS dalam memastikan kawalan dan keselamatan sempadan negara sentiasa terpelihara daripada sebarang aktiviti penyeludupan.