
JOHOR BAHRU, 7 Mac – Jabatan Imigresen Johor menggempur premis-premis sekitar kawasan Pandan, bagi mengekang kegiatan perniagaan melibatkan warga asing.
- 81 PATI ditahan dalam Op Belanja, Op Kutip dan Op Selera.
- Tahanan terdiri daripada warga Bangladesh, India, Pakistan, Myanmar dan Nepal.
- Mereka menjual barangan keperluan harian tanpa kebenaran agensi dan bertindak sebagai pengusaha serta pekerja premis.
- Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Selain mengenalpasti peniaga tempatan yang menggaji atau melindungi pendatang asing tanpa izin, PATI.
Pengarah Imigresen Negeri, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus mengesahkan 81 PATI ditahan dalam Op Belanja, Op Kutip dan Op Selera.
“Kesemua mereka yang merupakan warga Bangladesh, India, Pakistan, Myanmar dan Nepal ditahan dalam operasi kira-kira pukul 10 pagi tadi.
“Pemeriksaan lanjut mendapati mereka menjual barangan keperluan harian tanpa kebenaran daripada agensi berkaitan, selain bertindak sebagai pengusaha dan pekerja sepenuhnya di premis-premis berkenaan,” katanya.
Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.