
KULAI, 14 Februari – Jabatan Imigresen Johor menahan 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan di 11 premis perniagaan dan kediaman sekitar Senai, semalam.
RINGKASAN BERITA AI
- 30 pendatang tanpa izin ditahan dalam serbuan di 11 premis sekitar Senai.
- Tangkapan melibatkan individu berumur 15 hingga 45 tahun.
- Warganegara ditahan: Thailand 13, Indonesia 8, Pakistan 5, India 2, Bangladesh 2.
- Operasi menyasarkan pusat cuci kereta, kedai makan dan kediaman; disiasat mengikut Akta Imigresen.
Mereka yang ditahan berusia antara 15 hingga 45 tahun.

Tangkapan membabitkan 13 warga Thailand, lapan warga Indonesia termasuk seorang kanak-kanak, lima warga Pakistan serta masing-masing dua warga India dan Bangladesh.
Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus menerusi kenyataan berkata, operasi menyasarkan premis seperti pusat mencuci kereta, kedai makan dan rumah kediaman.
Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.