3 wanita ditahan bantu siasatan serangan ketika ‘live’

Foto hiasan

SUNGAI PETANI, 12 April – Polis menahan tiga wanita bagi membantu siasatan kes seorang wanita diserang ketika sedang membuat siaran langsung di media sosial di Bandar Laguna Merbok, pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa didatangi sebuah kenderaan yang dinaiki beberapa individu sekitar jam 5 petang.
  • Video tular menunjukkan seorang suspek memukul muka, kepala dan badan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan.
  • Polis menahan seorang wanita 29 tahun dan mangsa 28 tahun untuk membantu siasatan lanjut.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 323, 427 dan 448 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Hanyan Ramlan dalam kenyataan memaklumkan, mangsa didatangi sebuah kenderaan dinaiki beberapa individu dalam kejadian kira-kira 5 petang.

“Menurut video yang tular sejak Sabtu, seorang suspek bertindak memukul muka, kepala dan badan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan.

“Susulan itu, polis menahan seorang wanita berusia 29 tahun serta mangsa yang juga merupakan seorang wanita berusia 28 tahun untuk membantu siasatan
lanjut,” menurut kenyataan itu.

Kesemua suspek ditahan sekitar tengah malam tadi di sekitar daerah berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan, Seksyen 427 bagi khianat serta Seksyen 448 kerana menceroboh.