20 lagi kontena sisa buangan ditemukan di Pelabuhan Klang

Sisa elektronik (e-waste) yang dirampas dalam pemeriksaan di Pelabuhan Klang/Foto AKPS Pelabuhan Klang

PELABUHAN KLANG, 16 Februari – Sebanyak 20 lagi kontena mengandungi sisa buangan ditemukan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) hasil pemeriksaan di Pelabuhan Klang.

RINGKASAN BERITA AI
  • AKPS menemui 20 kontena sisa buangan dalam pemeriksaan di Pelabuhan Klang.
  • Tiga kontena mengandungi sisa elektronik manakala 17 lagi sisa plastik.
  • Siasatan lanjut dijalankan untuk kenal pasti pihak terlibat dan ambil tindakan undang-undang.
  • Kontena tiba antara Julai 2025 hingga Januari 2026 dengan berat keseluruhan 61,741 kg.

Komander Kawalan Pintu Masuk Pelabuhan Klang, Deputi Komisioner Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata tiga daripada kontena berkenaan didapati mengandungi sisa elektronik (e-waste), manakala 17 lagi mengandungi sisa plastik.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti pihak yang terlibat dan tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata semua kontena itu telah memasuki negara ini seawal Julai 2025 hingga Januari 2026 dengan jumlah berat keseluruhan 61,741 kilogram.