fb fb fb fb fb

Warga emas rugi RM1.8 juta ditipu skim pelaburan tidak wujud

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 4 Mei-Seorang lelaki warga emas berusia kerugian sebanyak RM1.8 juta selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan dalam talian, sejak Oktober tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, mangsa berusia 66 tahun tertarik dengan satu skim pelaburan yang diiklankan di media sosial, yang menjanjikan pulangan sehingga 200 peratus dalam tempoh tiga bulan.

Mangsa kemudiannya membuat beberapa transaksi pembayaran ke dalam beberapa akaun bank seperti yang diarahkan oleh suspek, dari bulan November hingga Januari lalu.

Tambah beliau, mangsa turut diarahkan memuat turun sebuah aplikasi khas kononnya untuk memantau pelaburan yang dibuat.

Namun sehingga kini, mangsa masih belum menerima sebarang pulangan daripada pelaburan tersebut.

Malah, suspek juga gagal dihubungi dan akses ke aplikasi berkenaan telah disekat.

Mangsa akhirnya membuat laporan polis semalam.

Kes kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD